Sekilas Sejarah Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin

Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin Tumpat (MTST) adalah salah sebuah sekolah kawalan di bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah diluluskan penubuhannya di dalam Mesyuarat Lembaga YIK 4/2003 bertarikh 10 Ramadhan 1424 Hijrah bersamaan 5 November 2003.

 

MTST ini merupakan maahad aliran tahfiz yang kedua selepas Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang terletak di Pulai Chondong. Namun hala tuju dan konsepnya adalah berbeza, dimana Maahad Tahfiz Sains memberi penekanan kepada pengajian Tahfiz Al-Quran dan sains.

 

Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin telah beroperasi semenjak tahun 2004 dengan menumpang sementara di Maahad Muhammadi Lelaki/Perempuan kemudian berpindah ke tapak sekarang yang merupakan bekas tapak SMU (A) Bustanul Arifin, Berangan.

 

Aktiviti

Jaya Waris 2

Jaya Waris 2


Program Jaya Waris merupakan program tahunan MTST bagi merapatkan hubungan antara ahli keluarga pelajar dan…

MUKHAYYAM QURANI 2016

MUKHAYYAM QURANI 2016


TEMPAT : PUTERA VALLEY, TANAH MERAH TARIKH : 4-6 APRIL 2016  

Kem Al-Quran & Akademik (KADA 2010)

Kem Al-Quran & Akademik (KADA 2010)


Kok Pasir, Tumpat - Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah PMR 2010 bermula 5 Oktober sehingga 12 Oktob…

Sumbangan