- Tiada komen
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN KEPIMPINAN MTSBA 2019
Satu majlis telah diadakan untuk membuat perlantikan bagi kepimpinan peringkat pelajar MTSBA 2019. Majlis tersebut berlangsung pada 21 Jamadil Awwal 1440 bersamaan 27 Januari 2019 bertempat di dewan MTSBA dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Supt Abdul Rashid Bin Mat Daud Ketua Polis Daerah Tumpat.
Pengetua yang mengiringi Yang Berbahagia Supt Abdul Rashid Bin Mat Daud Ketua Polis Daerah Tumpat untuk menyampaikan watikah perlantikan kepada Ajk Badan Disiplin merangkap Pengawas Sekolah, Ajk Badan Asrama merangkap Pengawas Asrama, Ajk Badan Dakwah, Ajk Badan Kaunseling dan juga ketua dan penolong ketua kelas.
Selepas watikah perlantikan selesai dianugerahkan, Ketua Pelajar merangkap Ketua Pengawas mengetuai para penerima anugerah perlantikan untuk membacakan ikrar kepimpinan di hadapan tetamu dan pentadbir sekolah.
Harapan warga MTSBA semoga semua permata yang lahir dari MTSBA berjaya menjadi seorang pemimpin bertaqwa untuk memimpin diri sendiri, keluarga, masyarakat dan ummah kearah yang lebih gemilang.
Kem Al-Quran & Bahasa Arab (KADA 2013) ini diadakan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran …
Kok Pasir, Tumpat - Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah PMR 2010 bermula 5 Oktober sehingga 12 Oktob…
Tarikh : 19-23 Rabiul Awal 1436H bersamaan 10-14 Januari 2015 Hari…
Komen