Malam Kesenian Islam MTST 2011

mlm_islam1MTST - Tanggal 25 April 2011, Unit Asrama MTST telah menganjurkan satu program yang diberikan nama Malam Kesenian Islam MTST 2011. Program yang melibatkan seluruh warga MTST ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan ukhuwah islamiah dikalangan warga MTST disamping mengasah bakat-bakat terpendam pelajar di dalam aktiviti pertandingan yang dianjurkan.

 

Program bermula pada jam 7.30 malam dengan solat Maghrib secara berjemaah seterusnya membaca Al-Quran beramai-ramai seperti rutin harian biasa kemudian di sajikan dengan sedikit tazkirah sebelum solat Isya' berjemaah. Malam Kesenian Islam MTST 2011 dimulakan dengan ucapan pengarah program iaitu saudara Ahmad Farhan Bin Rosli pelajar tingakatan 3, kemudian ucapan perasmian oleh Penolong Kanan Pentadbiran Ustaz Aubaidillah Bin Yusoff.

 

Suasana meriah Malam Kesenian Islam diteruskan dengan acara pertandingan persembahan bagi setiap dorm pelajar. Sambutan pertandingan amat menggalakkan apabila kesemua dorm tidak melepaskan peluang dengan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Para pelajar menunjukkan bakat masing-masing dengan mempersembahkan pelbagai jenis persembahan yang menarik seperti lakonan, nasyid, dikir islam, dan sebagainya. Hasil persembahan pelajar patut mendapat pujian dengan mengenengahkan nilai-nilai yang murni dan menjaga batas-batas sambil menghiburkan rakan-rakan dengan idea-idea yang tidak 'kering'.

mlm_islam2

 

"Bakat mereka patut digilap" begitu saranan ketua hakim pertandingan Cikgu Wan Najibah bagi melihat anak didik lebih terkehadapan dalam apa jua bidang yang bakal diceburi. Keputusan pertandingan diumumkan selepas ketua hakim membuat komentar sekilas pertandingan diadakan, hasilnya johan disandang oleh Dorm 3 manakala naib johan jatuh kepada Dorm 7. Semua hadirin disajikan dengan BBQ yang lazat diselia oleh kumpulan pelajar yang bertugas dan beberapa orang guru turun membantu.

 

Ketua Unit Asrama merangkap Ketua Warden Asrama Ustaz Hushaimi Bin Hussian menzahirkan rasa syukur kerana program berjalan dengan lancar hasil kerjasama dari semua pihak. Ucapan terima kasih juga diluahkan kepada penaja yang sudi menghulurkan bantuan, antaranya Tabung Amanah Tok Kenali, Dewan Makan MTST, Ust Nazaruddin Jalaluddin, Syarikat Air Fresh dan lain-lainya.

  • Tiada komen
Tambah komen

Aktiviti

Malam Kesenian Islam MTST 2011

Malam Kesenian Islam MTST 2011


MTST - Tanggal 25 April 2011, Unit Asrama MTST telah menganjurkan satu program yang diberikan nama Malam Ke…

Mukhayyam Qurani 2018

Mukhayyam Qurani 2018


    Mukhayyam Qurani tahun ini telah diadakan di D' Geting Beach Resort, Pantai Getin…

Hari Keluarga MTS 2010


Tanggal 16-17 jun 2010, Mts berjaya mengadakan Hari Keluarga di Permai Calet Melawi dengan pelbagai aktivit…

Sumbangan