MINGGU HALUAN HUFFAZ (MAHA 2015)

Tarikh       : 19-23 Rabiul Awal 1436H bersamaan 10-14 Januari 2015

Hari          : Sabtu hingga Rabu

Tempat    : Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin

1. MUQADDIMAH

       Menyahut dasar pendidikan Yayasan Islam Kelantan dan Mahaad Tahfiz Sains yang hendak melahirkan generasi yang berakhlak murni dan berkepimpinan disamping menyesuaikan palajar-pelajar baru dengan persekitaran MTST sambil merapatkan jurang dalam kalangan pelajar di samping menyediakan satu kegiatan yang dapat mengurangkan tekanan dalam kalangan pelajar baru.

       Program Minggu Haluan Huffaz (MAHA) adalah program tahunan Maahad Tahfiz Bustanul Arifin, Berangan Tumpat (MTST). Ia merupakan satu usaha untuk menyesuaikan pelajar baru dengan bi`ah sekolah dan memperkenalkan sistem pendidikan sekolah aliran tahfiz sains ini sekaligus membentuk huffaz yang ideal dan berketerampilan. Program ini bertujuan bagi mencungkil bakat-bakat para pelajar baru bagi digunakan untuk memberi kebaikan kepada MTST. Justeru itu adalah diharapkan agar mekanisma-mekanisma yang digunakan sepanjang program ini  dapat menyesuaikan para penuntut baru dengan keunikan bi`ah di MTST.

2. OBJEKTIF

- Melahirkan bakal huffaz yang berketerampilan dari segi fizikal dan mental.

- Menyedarkan bakal huffaz tentang betapa pentingnya disiplin dan ketepatan masa dalam kehidupan seharian

- Melatih bakal huffaz dengan kemahiran kendiri

- Merapatkan Ukhwah dalam kalangan pelajar baru dan pelajar lama

  • Tiada komen
Tambah komen

 

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI

MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN

 

MASUK